Saturday, September 3, 2011

Dimanakah tarbiah ramadhan kepada diri kita sebagai remaja?


Bulan Ramadhan 1432 Hijrah telah menutup tirainya…..Sememangnya kita sebagai remaja tahu bahawa bulan ramadhan merupakan anugerah berharga kepada umat islam keseluruhannya. Namun begitu, masih ramai lagi dikalangan manusia umumnya  gagal ataupun tidak mengambil kisah langsung terhadap hikmah sebenar Allah jadikan bulan barakah ini. Antara persoalan yang masih menjadi tanda Tanya oleh segenap masyarakat khususnya remaja kita sekarang:
1)      Kenapa Allah jadikn bulan ini selama 29/30 hari sahaja?
2)      Kerana apa Allah sebut perkataan Taqwa sebagai tujuan orang2 berpuasa?
3)      Dari aspek manakah kita nak nilai kesan taqwa diri kita selepas daripada Ramadhan?
4)      Apakah tuntutan sebenar kepada umat islam selepas dari Ramadhan?
5)      Apakah kaitan aidilfiri dengan ramadhan? Adakah ia betul sebagai perayaan selepas bermujahadah melawan nafsu di bulan ramadhan? 

Saudara- saudari sekelian, persoalan sebeginilah yang perlu kta jelas tntangnya. Saya silakan pembaca untuk menjawab persoalan-persoalan diatas terdahulu. Saya yakin dan percaya pembaca telah mendapat gambaran tentang persoalan tersebut  Namun, Jika masih tidak jelas tentang perkara tersebut, bolehlah ikuti sambungan risalah kecil ini jika sudi.  

Sebagai satu-satunya umat yamg terpilih untuk menikmati keberkatan dan ganjaran Ramadhan,kita semestinya tidak ingin madrasah ramadhan yang kita lalui ini sebagai sia-sia shaja. Adakah diri kita sekadar boleh rasa lapar, mendapat  keuntungan hasil dari jualan juadah berbuka atau semata-mata dapat merasai pelbagai makanan yang pada bulan lain tidak pernah menyentuhnya langsung…. Bahkan yang lebih rugi adalah meraka yang berpuasa tetapi tetap meninggal kan solat, tidak menutup aurat dan sebagainya. Ketahui lah bahasanya jika hari/bulan yang mulia, jika dihiasi dengan maksiat yang walaupun sedikit bilangannya tidak dapat kita peroleh kebaikan atau keberkatan pada hari/bulan tersebut. Amalan lain akan tertolak jika asas atau keutamaan ibadah yang disyariatkan islam iaitu solat tidak disempurnakan.

Pembaca sekalian, sebelum menyentuh tentang implikasi Ramadhan pada diri kita, perlulalah kita jelas bahawa Ramadhan merupakan sesi ujian Allah kepada manusia. Namun begitu, ia sebaga ujian yang menguntungkan berbanding dengan ujian lain kerana padanya didatangkan juga keberkatan dan kebaikan berlipat ganda seperti yang pembaca telah maklum. Jika ujian atau perperiksaan selama 2/3 minggu yang manusia hadapi dinilai dari sedut markah perperiksaan tersebut, begitu juga dengan ramadhan. Hasil daripada terbiah ramadhan tidak dinilai dalam sekeping kertas, atau keputusan-keputusan manusia itu sendiri. Keputusan hasil didikan ramadhan hanya dapat dilihat selepas memasuki syawal. Dan ia boleh dilihat daripada 3 aspek sahaja iaitu aqidah, ibadah dan akhlak yang jika dihitungkan kesemuanya menghasilkan perkataan taqwa itu sendiri. Ketahuilah bahawa Allah sendiri menentukan pahala serta  ganjaran kepada orang berpuasa. Amatlah besar keegoan manusia itu jika kita mengatakan puasa kita telah berjaya membentuk diri kita secara sepenuhnya. Ironinya kita tidak tahu sebanyak manakah Allah menerima puasa kita. Atau mungkin Allah tidak menerimanya langsung!!!

Tuntasnya, sebagai orang yang beriman, kita perlulah bermuhasabah sepanjang bulan ramadhan yang kita lalui bersama tahun ini. Dengan harapan agar kita sebenar-benar mendapat hikmah dari ramadhan tahun ini dan dapat membaiki kesilapan kita jika dapat menghadapi ujian ini pada tahun hadapan.   
Ikuti sambungannya,
Wallahua’lam,,,,

Sunday, February 13, 2011

RABIULAWAL 1432 HIJRAH

         
1)      Maksud :
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

2)      Peristiwa-peristiwa penting :
- Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad,Rasulullah SAW iaitu pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M.
- Perlantikan Nabi menjadi Rasul di gua Thur ketika beliau 40 tahun
- Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan membina masjid pertama dalam sejarah islam (Masjid Quba’)
- Rasulullah sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan di sinilah Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama bersama umat islam.
- Wafatnya Rasulullah SAW. iaitu pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M.
- Pembukaan Iraq oleh tentera islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra ketika zaman saidina Abu Bakar ra
- Pembukaan Baitul Muqaddis oleh Salahuddin al-Ayubi
- Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol, kubu terakhirnya di Andalusia

3)      Sambutan Maulidurrasul :
Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Sama-sama kita jadikan sambutan ini sebagai suaru ibadah dan bukannya adat.
Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;
  1. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya."
  2. Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa 
  3. Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa "dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw.
 Sahabat-sahabat sekalian,
marilah kita tanya pada diri kita, apakah yang telah kita lakukan, yang telah kita korbankan demi agar Islam sentiasa hidup dan diamalkan oleh umatnya? Apakah cukup dengan kata-kata bahawa kita seorang Islam?Apakah cukup dalam mendakwa bahawa kita cinta kepada Rasulullah SAW, dengan hanya kita mengadakan bacaan-bacaan Maulid, perarakan-perarakan, syarahan-syarahan agama dan jamuan-jamuan? Apakah cukup kita memperkatakan bahawa kita telah memperjuangkan Islam, sedangkan rakan-rakan ahli keluarga kita yang kebanyakkannya masih lagi dalam maksiat dan kemungkaran, masih jauh dari Islam? Apakah cukup kita mengagungkan Rasulullah, sedangkan kata-katanya dan kata-kata Allah kita ketepikan dan kita utamakan kata-kata manusia? Adakah setiap perbuatan harian kita bertepatan dengan sunnah Rasulullah?

Rasulullah SAW telah bersabda di dalam sebuah hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud.
"Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga Aku lebih tercinta kepadanya dari anaknya dan ayahnya dan seluruh manusia."

Tuesday, January 18, 2011

Taqwa Itu Apa?

Kalimah 'Taqwa' asal maknanya adalah mengambil tindakan penjagaan dan memelihara dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan.


Menurut Syara', [B]'Taqwa' bererti[/B] :  "Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta'ala dengan  jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi  larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat".\[2]


Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda yang bermaksud :


"Mentaati Allah dan tidak  mengingkari perintah-Nya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya,  bersyukur kepada-Nya dan tidak mengkufuri nikmat-Nya". ( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas rha. )


Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain  bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar :  "Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar:  "Ya". Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan  tersebut?".


Jawab Umar : "Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati". Balas Ubai : "Itulah yang dikatakan taqwa".


Menurut Ibnu Abbas r.a. :  "Al-Muttaqin (yakni orang-orang bertaqwa) ialah orang-orang beriman yang  memelihara diri mereka dari mensyirikkan Allah dan beramal  menta'atiNya".


Menurut Hasan al-Basri :  "Orang-orang bertaqwa ialah orang-orang yang memelihara diri dari  melakukan perkara yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang  difardhukan Allah ke atas mereka".


Berkata Abu Yazid al-Bustami  : "Orang bertaqwa ialah seorang yang apabila bercakap, ia bercakap  kerana Allah dan apabila ia beramal, ia beramal kerana Allah".


[B]Martabat Taqwa[/B]


Menurut Al-'Allamah Mustafa al-Khairi al-Manshuri, taqwa ini mempunyai tiga martabat;


[B]Martabat pertama :  Membebaskan diri dari kekufuran[/B]


Inilah yang diisyaratkan oleh Allah dengan "Kalimat at-Taqwa" dalam firmanNya :


"...lalu Allah menurunkan ketenangan  kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mu'min dan Allah mewajibkan  kepada mereka kalimat taqwa ...". (Surah Al-Fath. Ayat : 26)


Maksud kalimah at-Taqwa dalam ayat di atas ialah kalimah :      "لا إله  إلا الله محمد رسول الله" atau dua kalimah syahadah. Kalimah ini  merupakan kalimah iman yang menjadi asas atau punca kepada taqwa.


[B]Martabat kedua : Menjauhkan diri dari segala perkara yang membawa kepada dosa.[/B]


[B]Martabat ketiga :  Membersihkan batin (hati) dari segala yang menyibukkan atau melalaikan diri dari Allah swt.[/B]


Martabat yang ketiga inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah;


"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar  takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati melainkan kamu menyerah diri (  kepada Allah swt )." (Surah Ali Imran. Ayat : 102)


[B]Muslim yang Berjuang dan Bertaqwa[/B]


Merentasi era peradaban modern yang menyaksikan keruntuhan akhlak ,  moral dan aqidah ummah kini di paras bahaya , memerlukan  kuasa taqwa  yang tinggi untuk kembali membina struktur asas ummat Islam yang kian  runtuh .


Taqwa adalah formula tepat untuk memproses penawar bagi memulihkan  kecederaan iman yang sangat parah dewasa kini, khasnya dikalangan mereka  yang mengaku muslim .


Kecederaan teruk di bahagian iman inilah yang meletakkan ummat Islam  turut terjebak dalam kancah perlecehan akhlak, moral dan aqidah.


Saksikanlah, bagaimana dunia kini amnya dan negara kita khasnya dilanda  kehancuran peradaban Insaniyyah, sehingga hilang peri kemanusiaan  sebaliknya peri kebinatangan menguasai minda sebahagian besar ummat  manusia.


Menyedari realiti dunia dan ummah hari ini, marilah kita mengambil  kesempatan daripada ibadah puasa yang dijalani sebulan di bulan Ramadhan  untuk membina syakhsiyyah muslim yang berjuang dan bertaqwa dengan  mendidik jiwa, minda dan seluruh pancaindera agar tunduk dan patuh  kepada Allah swt. serta siap untuk menjunjung tinggi segala  tanggungjawab mempertahan dan memperjuangkan Islam di persada alam ini .


Kitalah selayaknya memikul tanggungjawab sebagai pejuang untuk  menyelamatkan diri , dunia dan ummah dari bahana syahwah yang menyimpang  jauh dari Manhaj Ilahi .


Pejuang yang dilengkapi sifat taqwa yang mantap sebagai alat keselamatan  dan asas kekuatan diri demi memenangi pertembungan antara iman dan  kufur , hak dan bhatil serta islam dan jahiliyyah.