Sunday, February 13, 2011

RABIULAWAL 1432 HIJRAH

         
1)      Maksud :
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

2)      Peristiwa-peristiwa penting :
- Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad,Rasulullah SAW iaitu pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M.
- Perlantikan Nabi menjadi Rasul di gua Thur ketika beliau 40 tahun
- Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan membina masjid pertama dalam sejarah islam (Masjid Quba’)
- Rasulullah sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan di sinilah Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama bersama umat islam.
- Wafatnya Rasulullah SAW. iaitu pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M.
- Pembukaan Iraq oleh tentera islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra ketika zaman saidina Abu Bakar ra
- Pembukaan Baitul Muqaddis oleh Salahuddin al-Ayubi
- Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol, kubu terakhirnya di Andalusia

3)      Sambutan Maulidurrasul :
Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Sama-sama kita jadikan sambutan ini sebagai suaru ibadah dan bukannya adat.
Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;
  1. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya."
  2. Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa 
  3. Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa "dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw.
 Sahabat-sahabat sekalian,
marilah kita tanya pada diri kita, apakah yang telah kita lakukan, yang telah kita korbankan demi agar Islam sentiasa hidup dan diamalkan oleh umatnya? Apakah cukup dengan kata-kata bahawa kita seorang Islam?Apakah cukup dalam mendakwa bahawa kita cinta kepada Rasulullah SAW, dengan hanya kita mengadakan bacaan-bacaan Maulid, perarakan-perarakan, syarahan-syarahan agama dan jamuan-jamuan? Apakah cukup kita memperkatakan bahawa kita telah memperjuangkan Islam, sedangkan rakan-rakan ahli keluarga kita yang kebanyakkannya masih lagi dalam maksiat dan kemungkaran, masih jauh dari Islam? Apakah cukup kita mengagungkan Rasulullah, sedangkan kata-katanya dan kata-kata Allah kita ketepikan dan kita utamakan kata-kata manusia? Adakah setiap perbuatan harian kita bertepatan dengan sunnah Rasulullah?

Rasulullah SAW telah bersabda di dalam sebuah hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud.
"Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga Aku lebih tercinta kepadanya dari anaknya dan ayahnya dan seluruh manusia."